Sunday, 19 April 2015

Soal keputihan dan sah solat

Posted by    at    No comments:
 

Soal Jawab Mengenai Keputihan Wanita dan Hukumnya di dalam Solat

Naqibah saya tu cerita,  naqibah padanya cerita,  ustazah pada naqibah nya cerita pdanya.  (bersanad sungguh)Macam ni ceritanya 
Air wadi/ keputihan la.  Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira,  jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi. 
ada satu kes ; Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorag muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang . Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepastu masa nak naik ke tmpat prmpuan ustzh nampak muslimah tadi terus naik .Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa tawaf . then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah .Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.😅Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ? 😕Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .Ustazah pun senyum ☺ , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ? Then dia senyum menggeleng .Ustazah pun ckp la . memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan . sebab masih melekat kat situ . jadiya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu. ☺conclusion is,  nak solat je,  bersihkan tempat tu ye.  Dan najis jangan bawa dalam solat.  Sebab,  .Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak buang letak tempat lain . jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .😱 

Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu. Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam .kalau nak bawa dalam solat terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti,  maka solay kita nanti tak sah. Diulangi. TAK SAH!  ramai yg tknk amik tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan kawan pun masing masing taknak dengar.  tapi please amek berat ye. Nak ke solat tak sah?hmm

Petikan kat atas ni sebenarnya wassap berantai yang put3 terima malam semalam dari grup wassap put3. Put3 memang tahu perkara ni sebelum ni lagi, tapi macam ada percanggahan yang put3 ingat, mengenai status keputihan selepas ia kering. So, jomla kita selidik betul-betul sehingga takde keraguan lagi dan put3 harap dengan penjelasan yang put3 buat selepas ni, semua muslimat dapat perbetulkan semula cara kita bersolat selepas ni yer. Wallahu alam.

Mengenai keputihan, ada beberapa aspek yang perlu kita tahu
1. Apa itu keputihan
2. Status keputihan najis atau suci?
3. Cara menentukan kita ada keputihan atau kering?
3. Hukum solat jika ada keputihan
4. Hukum solat jika keputihan keluar semasa sedang solat

Apa itu keputihan?

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Keputihan juga normal dikeluarkan oleh badan sekiranya kita membuat aktiviti fizikal yang terlalu memenatkan. Keputihan (ifrazat) adalah lendir yang umumnya bening, keluar dari organ reproduksi wanita, namun bukan madzi dan mani. Baik karena syahwat maupun ketika aktivitas normal. Baik yang bersifat normal maupun karena penyakit. Para ulama menjelaskan hukum keputihan (ifrazat) sebagaimana ruthubah (lendir yang selalu membasahi organ reproduksi wanita).


Status Keputihan di dalam Islam, najis atau suci?

Ada dua pendapat mengenai status ni, tapi apabila berkaitan dengan hukum solat, maka ianya adalah najis. Dan jatuhnya hukum najis itu, maka tidaklah sah solat kita semua. Ini penjelasannya yer;

Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya lebih condong kepada najis. Ia berdasarkan kaedah umum para ulama:“Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”. Bagaimanapun, sekiranya keputihan itu hanya benar-benar dipanggil najis apabila ia berpindah dari tempat asalnya iaitu dari dalam faraj kepada luar faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis. Jadi, apabila keputihan/lembapan terembes secara berlebihan sehingga berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau dan adakalanya berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43). Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu memperbaharui wuduknya.
Lagi kenyataan mengenai status keputihan;

Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah pernah ditanya tentang masalah ini, lalu beliau menjawab: Setelah aku teliti, yang nampak bagiku adalah bahwa cairan (keputihan) yang keluar dari wanita, kalau keluarnya bukan dari saluran air seni akan tetapi keluar dari rahim, maka dia adalah suci. Ini hukum yang berkaitan dengan masalah suci atau najis. Bahwa keputihan itu bersih (suci) dan tidak membuat baju atau badan menjadi najis.
Adapun dalam masalah wudhu, keluarnya cairan tersebut membatalkan wudhu. Kecuali kalau ia keluar terus menerus, maka tidak membatalkan wudhu, namun sang wanita tersebut jangan berwudhu kecuali telah masuk waktu shalat, lalu memakai pembalut. Namun kalau keluarnya cairan itu terputus-putus dan kebiasaannya terhenti pada waktu shalat, maka hendaknya dia mengakhirkan shalatnya, apabila tidak takut waktu shalatnya habis. Kalau khawatir waktu shalatnya habis, maka dia langsung saja berwudhu dan memakai pembalut kemudian dia boleh melaksanakan shalat. Cairan yang keluar tidak ada bedanya antara sedikit maupun banyak. Karena semuanya keluar dari kemaluan sehingga dikatakan membatalkan wudhu.

Sebenarnya, lagi banyak yang dibaca, di pelbagai saluran blog, halaqah.net, sebenarnya makin put3 bertambah pening. huhu. Kenapa? Sebabnya penjelasan yang terlalu details hingga menyebabkan put3 khuatir sehingga rasa macam mana nak solat, kalau kita mempunyai masalah keputihan yang teruk?

tapi bila kita semak balik, status haid kan, apabila kitaran haid wanita melebihi 15 hari, maka ianya bukan lagi darah haid, tetapi darah penyakit, dan kita hanya perlu cucikan kemaluan, tukar pad, ambil wudhu dan solat. Jadi, keputihan ni soalnya lebih ringan dari darah haid yang terus tidak boleh menunaikan solat. 

Dalam pelbagai ruangan yang telah put3 baca, cara keputihan itu keluar dari mana keluarnya keputihan menyebabkan ia menjadi najis. Atas perbincangan dan perbahasan pelbagai ulamak, Yang berlegar dalam otak put3 sekarang, penjelasan-penjelasan ulamak yakni lelaki kan, sedangkan put3 as wanita pon tak tahu macam mana nak tentukan, yang keputihan itu keluarnya dari bibir vagina, dalam vagina, dari rahim... bagaimana nak tentukan?

tahu-tahu ada melekat di seluar dalam atau pantyliner betul? dan bagaimana, ketika kita solat, keluar pula keputihannya. banyak persoalan dalam pikiran put3. So, rasanya put3 akan let it be dulu entry ni, put3 nak risik-risik supaya lebih details dan tak memeningkan korang semua kay? 


Buat masa ni, yang pastinya bagi put3, sebelum korang semua solat, pergilah cucikan dahulu dengan sempurna, jaga air kencing jgn terkena kain, baju, seluar dalam.. nanti soal lain pulak tak sah solat. Better pakai pantyliner, senang je nak basuh, nak jaga seluar dalam kan.. takkan nak bawah banyak-banyak plak seluar dalam... hehe. Ketika kita sedang solat, kalau tibe2 terasa banyaknya air keputihan mengalir keluar, dan dah was-was, maka berhentikan la solat dan cuci dahulu kay?


Semoga put3 dapat jengah balik entri ni dan kemaskini kan.. amin

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Emme Marina | Kesihatan Anda Bermula Di Sini All Right Reserved
Designed by OddThemes